Najib beri tempoh hingga esok kepada Muhyiddin jawab tuduhan fitnah

0
321
Datuk Seri Najib Tun Razak

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi tempoh masa sehingga esok kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh bekas Perdana Menteri kelapan itu kepadanya.

Najib berkata, tuntutan itu dibuat selepas
mendapat surat balasan daripada peguam yang mewakili Wan Saiful Wan Jan susulan tuduhan yang dilemparkan oleh Ketua Penerangan Parti Bersatu itu terhadap dirinya baru-baru ini.

“Dengan merujuk jawapan rasmi peguam Wan Saiful, peguam saya juga telah hantar surat tuntutan yang sama kepada Perdana Menteri kelapan.

“Menuntut dia jawab secara jelas jika dia yang salurkan “khabar angin” berkenaan saya kepada Wan Saiful dan juga tuntut dia mengulas bila dan bagaimana saya pernah minta dia campur tangan dalam kes-kes mahkamah saya.

“Kami beri tempoh sehingga hari esok untuk dia jawab. Kita sama-sama tunggu jawapan Perdana Meneri kelapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Najib berkata, beliau dan peguamnya akan menentukan langkah seterusnya setelah menerima jawapan daripada Presiden Bersatu itu.

Pada 4 Ogos lalu, Muhyiddin yang ketika itu masih Perdana Menteri mendakwa ada pihak tertentu mendesaknya supaya mencampuri urusan mahkamah bagi membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Bagaimanapun dalam perutusan khas itu,
Muhyiddin tidak menyebut sebarang nama secara khusus.

Namun, Wan Saiful pada 5 Ogos lalu di Facebook berkata, ada dakwaan bahawa Najib meminta Muhyiddin menukar panel hakim Mahkamah Rayuan yang mendengar kesnya.

Susulan daripada kenyataan oleh Wan Saiful, Najib telah meminta peguamnya  menghantar surat tuntutan kepada Wan Saiful untuk menjawab dakwaan itu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here