Negeri Sembilan, Pahang, Johor beralih ke fasa baharu PPN

0
529
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Tiga negeri iaitu Negeri Sembilan, Pahang dan Johor akan beralih ke fasa baharu Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Jumaat ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini.

“Negeri Sembilan akan beralih daripada fasa tiga kepada fasa empat, Pahang daripada fasa dua kepada fasa tiga manakala Johor daripada fasa satu kepada fasa dua.

“Peralihan fasa ini mengikut garis panduan yang ditetapkan PPN dengan mengambilkira kemasukan ke hospital bagi kes bergejala, penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) serta peratusan lengkap divaksinasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, keputusan itu juga dilakukan berdasarkan penilaian risiko semasa yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sehubungan itu, katanya, prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki fasa baharu itu adalah sama dengan sebelum ini.

Katanya, keterangan SOP terkini akan dikemaskini oleh MKN di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here