Netflix ceburi industri permainan video

0
9
GAMBAR HIASAN

LOS ANGELES – Rangkaian penstriman Netflix dilaporkan mula menceburi industri permainan video setelah membeli syarikat Night School Studio, baru-baru ini.

Netflix dalam satu kenyataan hari ini berkata, sebagai permulaan, syarikat itu akan mengeluarkan lima permainan video khusus buat pasaran Eropah.

“Seperti siri rancangan dan filem kami, kesemua permainan ini termasuk dalam yuran keahlian, tanpa iklan dan tidak dikenakan sebarang bayaran ketika bermain,” kata syarikat itu kepada Reuters.

Buat masa ini, pelanggan Netflix di Itali dan Sepanyol sudah boleh memuat turun permainan video seperti “Stranger Things: 1984”, “Stranger Things 3: The Game”, “Card Blast”, “Teeter Up” dan “Shooting Hoops”.

Kesemua permainan ini adalah berdasarkan siri rancangan popular rangkaian itu.

“Bagi kami, permainan video merupakan salah satu daripada sektor yang perlu kami terokai, sama seperti animasi, filem original, dan rancangan tv tanpa skrip,” kata Netflix lagi.

Langkah Netflix menceburi sektor permainan video bukanlah mengejutkan pada saat kemunculan pemain baharu dalam rangkaian penstriman video seperti Disney+ dan HBO Max.

Penganalisis industri menyebut, langkah Netflix itu adalah bagi mempelbagaikan sumber kandungannya dan menarik minat golongan pemain permainan video sebagai pelanggan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here