‘PacMan’ terima pencalonan bertanding jawatan Presiden Filipina tahun hadapan

0
98
Manny Pacquiao

MANILA – Peninju lagenda, Manny Pacquiao hari ini mengumumkan bahawa beliau akan bertanding jawatan presiden negara itu pada tahun hadapan.

Menurut Reuters, hasrat Pacquiao, 42, turut disokong oleh kelompok penyokongnya dalam parti memerintah, PDP-Laban.

Walaubagaimanapun, pencalonan Pacquiao yang turut dikenali dengan gelaran ‘PacMan’ tidak disokong oleh kelompok penyokong penyandang jawatan, Rodrigo Duterte dari parti yang sama.

Kelompok penyokong Duterte sebelum itu menamakan Christopher ‘Bong’ Go sebagai calon parti bagi jawatan no. 1 itu, namun, turut menamakan Duterte sebagai calon timbalan presiden.

“Saya merupakan seorang pejuang, dan saya akan berjkuang tak kira di mana.

“Saya menerima pencalonan saya sebagai calom presiden Republik Filipina,” kata Pacquiao hari ini.

Pacquiao, yang merupakan seorang Senator, adalah sekutu Duterte, namun kebelakangan ini sering dilihat mengkritik tindakan Duterte yang dilihat ‘cenderung’ berbaik dengan China, dan sering mempersoalkan rekod Duterte dalam membanteras jenayah rasuah dalam kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here