Paralimpik: Latif hadiahkan emas ketiga buat Malaysia

0
35
Abdul Latif Romly

CYBERJAYA – Malaysia meraih emas ketiga Sukan Paralimpik Tokyo 2020 menerusi Abdul Latif Romly dalam acara lompat jauh T20.

Latif mempertahankan emas lompat jauh T20 dengan lompatan 7.45 meter pada percubaan kedua pada saingan yang berlangsung dalam hujan.

Bagaimanapun, kejayaan itu tidak datang dengan mudah apabila Latif mengalami kecederaan pada lompatan kelima sehingga beliau terpaksa menggunakan kerusi roda.

Walaupun mengalami kecederaan, lompatan terdahulu sejauh 7.45 meter sudah memadai untuk atlet negara itu meraih emas.

Sementara itu, pingat perak dimenangi atlet Greece, Athanasios Prodromou dengan jarak 7.17 meter.

Pingat gangsa pula berjaya dimenangi Nicholas Hum dari Australia selepas membuat lompatan sejauh 7.12m.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here