Parti politik Māori pertahankan bahasa ibunda, mahu nama asal New Zealand dikembalikan

0
230
Debbie Ngarewa-Packer (kanan) dan Rawiri Waititi (kiri)

AUCKLAND – Parti politik Māori melancarkan satu petisyen bagi mendesak nama New Zealand ditukar kembali pada nama asalnya, Aotearoa.

Menurut The Guardian, petisyen yang dilancarkan oleh parti Te Pāti Māori itu turut menyebut supaya lokasi yang mempunyai nama dalam bahasa Te Reo Māori dikembalikan kepada asalnya.

“Sudah sampai masanya (martabat bahasa) Te Reo Māori dikembalikan pada tempatnya, sebagai bahasa pertama dan bahasa rasmi negara ini.

“Kita adalah sebuah negara Polinesia, nama (negara) kita adalah Aotearoa,” kata pimpinan utama parti tersebut, Rawiri Waititi dan Debbie Ngarewa-Packer dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Waititi, nama Aotearoa akan menyatukan semua kaum yang tinggal di negara itu.

“New Zealand adalah nama Belanda. Lihat, mereka sendiri telah menukar nama rasmi mereka daripada Holland kepada Netherlands!” kata Waikiti lagi.

Te Reo Māori berkata, polisi kerajaan terdahulu dan ‘penerapan agenda kolonial dalam sistem pendidikan’ telah menyebabkan kadar kefasihan bahasa Māori semakin menurun, daripada 90 peratus hingga ke 20 peratus sahaja dalam masa 90 tahun.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here