Pasangan kembar bercantum di kepala berjaya dipisahkan

0
48
Pembedahan pemisahan itu mengambil masa selama 12 jam untuk dilakukan.

TEL AVIV – Satu pasangan kembar yang bercantum di kepala berjaya dipisahkan setelah menjalani pembedahan selama 12 jam.

Menurut Sky News, prosedur pemisahan ini jarang berlaku, dan dipercayai hanya telah dilakukan sebanyak 20 kali di seluruh dunia.

Pasangan kembar berusia satu tahun itu yang tidak dinamakan, menjalani prosedur pemisahan itu si Pusat Perubatan Soroka di Be’er Sheva.

Keadaan pasangan kembar itu sebelum dipisahkan.

“Kedua-dua mereka berada dalam keadaan baik.

“Mereka sudah mampu bernafas dan makan dengan sendiri,” kata Ketua Jabatan Pembedahan Plastik, Eldad Silberstein.

Pembedahan itu turut melibatkan pembinaan semula tempurung tengkorak dan kulit kepala, dan melibatkan pakar dari Israel dan United Kingdom (UK).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here