Peguam maut jatuh dari tingkat 22 Wisma Sanyan

0
951
Gambar kiri menunjukkan Wisma Sanyan di Sibu dan gambar kanan lokasi mangsa yang ditemui maut petang ini.

SIBU – Seorang lelaki dipercayai seorang peguam maut selepas jatuh dari tingkat 22 Wisma Sanyan, di sini kira-kira 1 petang ini.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit mengesahkan kejadian itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Stanley, siasatan awal polis mendapati mangsa mempunyai masalah rumah tangga selepas bercerai dengan isteri yang juga seorang peguam sebulan lalu.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan mayat dihantar ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

“Orang ramai diminta tidak menyebarkan gambar serta video berkaitan kejadian itu menjaga sensitiviti serta menghormati keluarga mangsa,” katanya.

Gambar seorang lelaki berpakaian kemas dan berdiri di luar tingkap bangunan tular petang ini bersama satu lagi video menunjukkan seorang individu terjunam dan jatuh di pekarangan bangunan.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Khirudin Drahman berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik dari Hospital Sibu.

“Ketika anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu tiba, mangsa sudah terbaring di kawasan tempat letak kenderaan Wisma Sanyan.

“Petugas kesihatan membuat pemeriksaan dan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurut beliau, pihak bomba melakukan kerja pembersihan di kawasan itu sejurus mayat diserahkan kepada pihak polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here