Pelangan beli RM3,000 dapat RM6,000 baucar di Malakat Mall

0
57
Baucar yang dijual di Malakat Mall

CYBERJAYA – Lebih RM20,000 baucar berganda telah terjual di Malakat Mall bersempena Sambutan Hari Malaysia di Malakat Mall hari ini.

Pengurus Khidmat Pelanggan Malakat Grocer, Mohd Asyraf Mahusin berkata, jika dikira jumlah pelanggan pula, lebih 500 pelanggan telah membuat pembelian baucar.

Mohd Asyraf Mahusin

Beliau berkata, setakat ini, juala tertinggi baucar ialah bernilai RM3,000 yang mana, pelanggan tersebut mendapat baucar keseluruhan sebanyak RM6,000.

“Julan baucar ini akan berlangsung sehingga 26 September. Lebih menarik, tiada apa-apa syarat dikenakan kepada pembeli dan sesiapa sahaja boleh membelinya.

“Baucar yang dibeli pula boleh digunakan di semua rangkain Kumpulan Malakat Eco dan penggunaannya tidak terhad di Malakat Grocer semata-mata,” katanya.

Semalam, Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim memaklumkan pihaknya menawarkan pembelian baucar berganda sempena kempen pembukaan semula Malakat Mall.

Mohd Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, baucar berganda itu bermaksud setiap pembelian baucar, para pelanggan akan mendapat nilai berganda.

“Sebagai contoh, jika membeli baucar RM1,000 maka, pelanggan akan mendapat nilai baucar sebanyak RM2,000. Sudah tentu ini merupakan tawaran yang sangat menarik.

“Kita tidak letak nilai minimum untuk pembelian baucar ini, jika mahu beli RM100 atau RM200 pun boleh. Yang penting, pelanggan akan mendapat nilai berganda,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here