Pelbagai jenis khemah dijual di Tahan Sports di Malakat Mall

0
269
Muzamil menunjukkan antara khemah yang dijual di Tahan Sports di Malakat Mall

CYBERJAYA- Nampaknya kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika ini menyebabkan ramai yang memilih untuk melakukan aktiviti luar bersama keluarga tersayang.

Antara yang popular ketika ini ialah ramai yang memilih untuk keluar berkelah dan bermalam serta mendirikan khemah sendiri di kawasan-kawasan air terjun dan banyak lagi.

Jadi, jika ada yang ingin mencari barangan kelengkapan untuk aktiviti luar terutamanya khemah boleh berkunjung ke Tahan Sports di Malakat Mall yang menawarkan pelbagai pilihan.

Antara khemah yang dijual di Tahan Sports

Penolong Pengurus Tahan Sports, Muzamil Rashid berkata, terdapat lapan hingga 10 jenis khemah dengan pelbagai jenis saiz dan berjenama di Tahan Sports yang beroperasi di Malakat Mall.

Muzamil berkata, khemah yang dijual berkapasiti untuk seorang hingga enam orang dan harga pula bermula daripada RM189 sehingga RM1,399 mengikut pilihan dan citarasa pelanggan.

“Kita ada pelbagai khemah seperti Monodome XL, Beaver, Nevada, Siskin dan juga Minilite. Pelanggan boleh pilih jenis khemah yang mereka inginkan berdasarkan kapasiti yang ingin digunakan.

“Apa yang pasti, khemah yang dijual di Tahan Sports adalah yang berkualiti tinggi. Selain itu, khemah juga juga ringan dan senang dipasang…amat mudah,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Pelbagai barangan di Tahan Sports

Menurut Muzamil, selain khemah, pelanggan juga boleh mendapatkan banyak lagi barangan untuk aktiviti luar di Tahan Sports seperti Hammock, barangan memasak dan banyak lagi.

“Selain itu, Tahan Sports juga ada menjual EasyAid Kit untuk dibawa semasa melakukan aktiviti luar. Jadi, semuanya ada di sini. Saya jemput semua untuk datang dan membeli di Tahan Sports,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here