Pelbagai jenis RC Crawler di Malakat Toy Warehouse

0
59
Murni Ramlan menunjukkan RC Crawler yang terdapat di Malakat Toys Warehouse di Malakat Mall, Cyberjaya.

CYBERJAYA – Peminat permainan kawalan jauh (RC) jenis ‘Crawler’ iaitu kenderaan pacuan empat roda (4×4) kini boleh berkunjung ke  Malakat Toys Warehouse di Malakat Mall di Cyberjaya.

Ini kerana, pelbagai jenis Crawler dijual di Malakat Toys Warehouse itu dengan harga amat berpatutan bagi permainan yang dikelaskan untuk golongan ‘kayangan’ itu iaitu diantara RM150 hingga RM550.

Pengurus Malakat Toys Warehouse, Murni Ramlan berkata, lebih menarik kedai berkenaan juga menawarkan promosi menarik iaitu potongan sehingga 50 peratus untuk pembelian kedua jika berbelanja RM500.

“Untuk promosi diskaun 50 peratus bagi pembelian kedua ini akan berlangsung sehingga 10 Oktober ini, ia adalah tawaran hebat untuk peminat Crawler. Tawaran ini juga terbuka kepada semua permainan di sini.

Max Tiger antara Crawler yang paling laris di Malakat Toys Warehouse

“Untuk Crawler, kami di Malakat Toys Warehouse mempunyai enam model utama iaitu Unbounded 4×4, G500 4×4, Climbing 4×4, Rock Off-Road 4×4, Climbing 4×4 Beast dan Max 4×4 Tiger.

“Untuk kesemua Crawler ini, harga bermula RM150 hingga RM550. Selain itu kita juga ada set untuk ‘beginner’ yang baru berjinak-jinak dan ingin mencuba sukan ini,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune hari ini.

Mengulas lanjut, Murni berkata, antara Crawler yang mendapat permintaan tinggi di Malakat Toy Warehouse ialah jenis Max 4×4 Tiger yang berharga RM529 dan juga Climbing 4×4 Beast.

Murni berkata, selain jualan secara terus di Malakat Toys Warehouse, pelanggan juga boleh membeli Crawler dan pelbagai jenis mainan lain secara dalam talian di platform Shopee dan juga Malakat.com.

Pelbagai jenis Crawler boleh didapati di Malakat Toys Warehouse

“Bagi yang ingin datang terus ke Malakat Toys Warehause, kedai kami dibuka bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam. Jika datang sendiri, lebih puas hati untuk memilih Crawler yang diidamkan,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan bagi permainan yang dijual di Malakat Toys Warehouse, orang ramai boleh menghubungi 01165658445.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here