Pemandu Triton lawan arus dikenakan pertuduhan bunuh

0
381
Keadaan kereta Proton Wira yang dinaiki dua mangsa.

SHAH ALAM – Seorang pegawai pemasaran yang memandu secara melawan arus sehingga menyebabkan kematian dua remaja pada minggu lalu, hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan membunuh.

K. Devaaswin,24, didakwa membunuh Nur Afiqah Abdul Karim,18; dan Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri,19, di Kilometer (KM) 8.6 Lebuhraya Persekutuan arah Klang ke Kuala Lumpur, di Shah Alam pada 1.20 pagi, 12 September lalu

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Tertuduh, K Devaaswin (berbaju hitam) ketika menghadiri perbicaraan di mahkamah, hari ini.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Majistret Nur Faizah Abdul Sani menetapkan 21 Oktober hadapan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shukor Abu Bakar manakala Devaaswin diwakili peguam Pushpa Ratnam dan R. Thanuja.

Dalam kejadian pada awal pagi Sabtu lalu itu, dua remaja maut selepas kereta jenis Proton Wira dinaiki mereka bertembung dengan sebuah Mitsubishi Triton yang dipandu seorang lelaki secara melawan arus di Lebuhraya Persekutuan, dekat sini.

Suspek kejadian yang berjaya ditahan sejurus kejadian, turut disahkan positif dadah jenis ganja ketika saringan air kencing dijalankan ke atasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here