Pemandu Triton sebabkan 2 maut didakwa di bawah Seksyen 302

0
470
Anggota bomba membantu mengeluarkan dua mangsa yang maut dalam kejadian berkenaan Ahad lalu

CYBERJAYA – Pemandu pacuan empat roda (4×4), Mitsubishi Triton yang menyebabkan dua maut kerana memandu melawan arus pada awal pagi Ahad lalu akan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas kes itu diklasifikasikan semula.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk permohonan sambungan reman.

“Kes ini telah diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kenyataan media akan dikeluarkan selepas selesai proses sambungan reman,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Pada Ahad lalu, dua maut apabila kereta Proton Wira Aeroback dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu melawan arus di Kilometer 8.5 Lebuh Raya Persekutuan.

Keadaan kereta Wira yang remuk teruk

Mangsa maut ialah pemandu, Nur Afiqah Abd Karim, 18, beralamat di Taman Bayu Perdana Klang dan penumpang, Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri, 19, beralamat di Kelompok Camar, Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang.

Akibat pertembungan itu, kedua-dua mangsa yang berada di bahagian hadapan tersepit dan cedera parah.

Anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa tetapi disahkan meninggal dunia.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here