Pembayaran BPR Fasa 3 dan Rayuan BPR bermula hari ini

0
19
Pembayaran BPR Fasa 3 dan rayuan BPR dikreditkan hari ini.

CYBERJAYA – Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 dan rayuan BPR, akan dikreditkan ke dalam akaun penerima bermula hari ini.

Pembayaran secara berperingkat itu dijangka selesai pada 30 September seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini.

Ia akan memanfaatkan 3.6 juta penerima sedia ada kategori isi rumah dan pemohon rayuan BPR yang telah diluluskan, membabitkan peruntukan RM2.82 bilion.

Difahamkan, bagi Fasa 3, setiap penerima bakal memperoleh hingga RM1,400, manakala penerima bayaran rayuan BPR pula hingga RM2,300.

Ia termasuk bayaran BPR tambahan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) bernilai hingga RM500 bagi setiap penerima.

Pembayaran itu mengikut kategori kelayakan masing-masing iaitu berdasarkan status perkahwinan, jumlah pendapatan isi rumah serta bilangan anak.

Pembayaran Fasa 3 ini adalah penyaluran penuh baki nilai yang sepatutnya diperoleh penerima BPR dan rayuan BPR untuk meringankan beban.

Sebarang pertanyaan boleh merujuk soalan lazim (FAQ) dalam portal rasmi BPR, iaitu https://bpr.hasil.gov.my, untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sebelum ini, Ismail Sabri berkata, pembayaran Fasa 3 itu adalah penyaluran penuh baki nilai yang sepatutnya diterima penerima BPR dan rayuan BPR untuk meringankan beban mereka.

“Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sentiasa terbela,”katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here