Peminat Hotwheels dan Tamiya serbu Malakat Mall hari ini

0
310
Kanak-kanak menyaksikan demonstrasi perlumbaan kereta Tamiya di lobi Malakat Mall, Cyberjaya hari ini.

CYBERJAYA – Peminat-peminat kereta kawalan jauh dan miniature dari jenama Hotwheels dan Tamiya ‘berkampung’ di Malakat Mall, Cyberjaya hari ini bagi memeriahkan Program Santai Bersama Keluarga.

Dalam acara hari ini, pengunjung ditawarkan jualan harga istimewa bagi pembelian produk-produk jenama popular tersebut.

Turut memeriahkan acara adalah perlumbaan kereta Tamiya di trek yang dibina di lobi pusat membeli belah itu yang dijadualkan berlangsung pada pukul 2.30 petang ini.

Pengurus Malakat Toys, Murni Ramlan berkata, Program Santai Bersama Keluarga yang bermula pada pukul 11 pagi ini diisi dengan acara jualan, perlumbaan kereta mainan dan cabutan bertuah.

“Orang ramai mula memenuhi ruang legar Malakat Mall seawal pukul 10 pagi ini untuk menyaksikan demonstrasi perlumbaan di trek kereta Tamiya sepanjang 30 meter.

“Trek 3 laluan yang disediakan itu juga dikhaskan kepada pelanggan yang mahu menguji kereta yang ingin dibeli.

“Aktiviti hujung minggu ini turut dimeriahkan dengan penampilan badut dan figura Dinasour yang menceriakan kanak-kanak,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Sementara itu, Murni berkata, peminat jenama Hotwheels dan Tamiya masih berpeluang untuk datang dan memilih koleksi kegemaran sempena jualan satu hari itu.

“Potongan harga RM10 diberikan bagi setiap pembelian produk Hotwheels dan Tamiya yang melebihi RM80.

“Acara kemuncak adalah jualan harga runtuh pada sebelah petang seperti mana dimaklumkan oleh wakil penjual,” katanya.

Murni Ramlan
Peminat Hotwheels memilih kereta mainan idaman mereka di gerai jualan di Malakat Mall, hari ini.

Selain itu kata Murni, pelbagai hadiah menarik menanti pengunjung yang mengambil bahagian dalam acara diadakan.

“Setakat pukul 2 petang ini, 2 orang pelanggan sudah menerima hadiah cabutan bertuah dan ini akan diteruskan sehingga 6 petang ini.

Sempena pembukaan sektor ekonomi selepas PKP yang lalu, pelbagai acara dianjurkan oleh Malakat Mall termasuk StreetFood yang menawarkan pelbagai sajian makanan di pusat beli-belah berkenaan.

Kemunculan Hang Bangkit iaitu ikon Malakat Mall yang menceriakan pengunjung.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here