Peniaga makanan dipelawa sertai Malakat Food Street di Malakat Mall, Cyberjaya

0
117


Malakat Food Street akan bermula 10 September ini

CYBERJAYA- Peniaga makanan dipelawa untuk menyertai Malakat Food Street yang akan bermula pada 10 September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Food Sdn Bhd, Abdul Aziz Juhari berkata, Malakat Food Street diadakan pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Abdul Aziz Juhari

Abdul Aziz berkata, Malakat Food Street dianjurkan di ruangan terbuka di Malakat Mall, Cyberjaya dan bersesuaian dengan keadaan semasa.

“Malakat Food Street yang terbuka dengan suasana  happening, selesa, mesra pengguna, selamat dan bersih menggamit pengunjung terutamanya pada hujung minggu. 

“Biarpun kedai makan dan restoran telah dibenarkan beroperasi, MKN (Majlis Keselamatan Negara) menggalakkan supaya operasi kedai makan dibuat di ruangan terbuka. 

“Jadi, Malakat Food Street inilah lokasi paling ideal untuk para peniaga makanan sekarang,” kata Abdul Aziz.

Menurut Abdul Aziz, Malakat Food Street di Malakat Mall Cyberjaya pernah menjadi port lepak santai paling trending sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

“Saya jemput semua peniaga makanan untuk sertai Malakat Food Street kali ini, dapat tambah pendapatan anda, meriahkan Malakat Food Street ini dengan menu-menu istimewa anda,” katanya.

Dalam pada itu katanya, peniaga yang berminat untuk sertai Malakat Food Street boleh menghubungi 016-2186430 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here