Pesakit bukan Covid-19 tidak dipinggirkan, tetap diutamakan-KJ

0
24
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin

KUALA LUNMPUR – Kementerian Kesihatan tidak menghentikan atau mengurangkan perkhidmatan kepada pesakit bukan Covid-19 terutama bagi kes-kes kecemasan dan separa kecemasan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya telah menyediakan pelan bagi memastikan pesakit bukan Covid-19 mendapat rawatan sewajarnya.

Khairy berkata, antara langkah-langkah yang diambil adalah seperti pemanjangan waktu operasi klinik pakar dan dewan bedah selepas waktu pejabat termasuk pada hari Sabtu bagi hospital-hospital tertentu.

“Selain itu, Pusat Pembedahan Katarak MAIWP – Hospital Selayang digunakan dengan lebih produktif – penambahan kes dalam sehari  dan hari Sabtu oleh hospital di sekitar Selangor. 

“Pemanjangan waktu operasi klinik pakar dan dewan bedah selepas waktu pejabat termasuk pada hari Sabtu selain mengoptimumkan penggunaan hospital-hospital bukan pakar dan Hospital Angkatan Tentera Malaysia untuk menjalankan prosedur atau pembedahan tertentu melalui konsep Hospital Kluster.

“Hospital Tuanku Mizan juga digunakan untuk pembedahan kecemasan – Cornea/ Peadiatric Ophthalmology. Selain itu, mobilisasi obilisasi Pakar KKM dan Pakar Swasta ke Hospital yang tidak penyediakan perkhidmatan kepakaran tertentu juga dilakukan,” kata Khairy.

Sebagai contoh katanya, perkhidmatan kecemasan Vitreoretina di Zon Selatan dilakukan dengan penempatan pakar sub secara sementara. 

“Pakar bedah vaskular swasta di Negeri Johor menjalankan pembedahan kes vaskular khususnya ’ruptured aortic aneurysm’ di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan pakar di Lembah Klang menjalankan pembedahan di hospital swasta apabila 4 hospital KKM ditukar status kepada Full Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawap soalan tambahan daripada S. Kesavan (Sungai Siput) mengenai rawatan dan keutamaan kepada pesakit bukan Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here