Piala AFF Suzuki 2020: Harimau Malaya diundi bersama Vietnam, Indonesia

0
38

CYBERJAYA – Pasukan kebangsaan Malaysia diundi bersama Vietnam dan Indonesia dalam Kumpulan B Kejohanan Piala AFF Suzuki Cup 2020, hari ini.

Pasukan lain dalam kumpulan yang sama adalah Kemboja dan Laos.

Dalam proses undian yang dijalankan secara maya sebentar tadi, pasukan Thailand, Singapura, Filipina, Myanmar dan pemenang perlawanan play-off antara Brunei menentang Timor Leste, diundi menduduki Kumpulan A.

Bagaimanapun, kejohanan pada kali ini yang sepatutnya dianjurkan pada tahun 2020 tetapi ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19 belum mempunyai tuan rumah, namun difahamkan Singapura dan Thailand berminat untuk menganjurkannya.

Kejohanan ini dijangka akan dilangsungkan pada bulan Disember ini.

Pada kejohanan edisi 2018, Harimau Malaya berjaya mara ke pusingan akhir namun tewas kepada Vietnam dengan agregat 2-3.

Dalam perlawanan akhir pertama di Kuala Lumpur, pasukan negara berjaya memperoleh keputusan seri 2-2, namun tewas 0-1 kepada pasukan tuan rumah dalam perlawanan berikutnya.

Kali terakhir Malaysia menjuarai kejohanan ini adalah pada tahun 2010.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here