PM akan umumkan kelonggaran baharu termasuk kemungkinan rentas negeri

0
477
Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan kelonggaran baharu termasuk kemungkinan rentas negeri dalam masa terdekat.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, keputusan berhubung perkara itu diperincikan dalam mesyuarat khas membabitkan tiga lagi kementerian hari ini.

Hishammuddin berkata, segala perbincangan dan keputusan berkenaan kemudian akan dibentangkan kepada Perdana Menteri dan diumumkan mengikut masa dan tempat tertentu.

“Kelonggaran baharu sudah dipersetujui secara prinsip, Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) akan umum dalam tempoh terdekat.

“Keputusan empat menteri hari ini akan dibawa kepada Perdana Menteri dan beliau akan tentukan masa dan tempat untuk umumkan kelonggaran selanjutnya,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Hadir sama dalam sidang akhbar itu ialah Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa serta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here