PM harap BKC mampu ringankan beban Keluarga Malaysia

0
108

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap pengkreditan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) bagi Fasa Satu bermula esok sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat pandemik itu.

Ismail Sabri berkata, dana berjumlah RM3.1 bilion telah pun disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan untuk pembayaran BKC.

“BKC ini akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang memfokuskan kumpulan sasar terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan,” kata beliau dalam satu paparan yang dimuat naik di laman Facebooknya, hari ini.

Rabu lau, beliau mengambil maklum isu kelewatan bayaran BKC yang sepatutnya dilaksanakan pada bulan lepas dan berikutan itu, mengarahkan Kementerian Kewangan supaya menyegerakan pembayaran.

Beliau juga menambah, kerajaan kini melaksanakan rangsangan ekonomi rakyat dan negara melalui inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

“Besar harapan saya untuk memastikan usaha ini berjaya demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya lagi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here