PM ucapkan syabas dan tahniah kepada adik Maryam

0
68
Gambar Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan syabas dan tahniah kepada adik Maryam Muzamir, 11 tahun, yang berjaya merangkul tiga pingat emas dalam The 6th International Invention, Innovation Competition (iCAN) 2021 di Toronto, Kanada.

Ismail Sabri berkata, Maryam telah mengharumkan nama Malaysia melalui inovasi makanan haiwan yang diperbuat daripada siput sedut dan juga kulit udang dalam pertandingan inovasi dan reka cipta terbesar di benua Amerika Utara.

Malah katanya, Maryam turut mendapat perhatian dunia melalui siaran Rancangan TV terkemuka, The Late Late Show with James Corden. 

“Maryam bukan sahaja mengenepikan 600 peserta lain dari 70 negara, tetapi dia juga menjadi pemenang termuda dalam pertandingan tersebut.

“Keluarga Malaysia amat berbangga dengan pencapaian Maryam dan saya mendoakan adik Maryam terus menempa lebih banyak kejayaan pada masa hadapan,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here