Pogba pun layan animasi Omar & Hana

0
75
Paul Pogba menonton siri animasi Omar&Hana di rumahnya

CYBERJAYA – Seekeping gambar yang dimuat naik oleh bintang bola sepak dunia, Paul Pogba menarik perhatian peminatnya di Malaysia apabila pemain tengah Manchester United itu turut menonton siri animasi terkenal tempatan, Omar & Hana.

Dalam status dimuat naik di laman Facebook rasmi miliknya itu, pemain kebangsaan Perancis itu menonton program itu bersama keluarga selepas membeli televisyen (TV) baharu di rumahnya.

“Bersama C62+ TV terbaru saya dari TCL dan ianya skrin bersaiz XXL. Sesi menonton filem bersama keluarga di rumah,” katanya yang memiliki hampir 25 juta pengikut di laman sosial itu.

Hantaran Pogba itu juga mendapat lebih 167,000 tanda suka dan komen hampir 3,900 serta perkongsian mencecah lebih 1,500 kali.

Sebagai rekod, animasi Omar & Hana adalah kartun berunsurkan Islamik dan menghasilkan isi kandungan berilmiah untuk tatapan anak-anak bersama ibu bapa yang dihasilkan syarikat animasi Malaysia, Digital Durian (DD).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here