Polis Israel tahan 2 lagi tahanan ‘Prison Break’

0
67
Muhammad al-Ardah dan Zakaria al-Zubaidi yang ditahan sebentar tadi dikawal oleh polis Israel

BAITULMAQDIS – Dua orang lagi tahanan Palestin yang lolos daripada penjara di Israel baru-baru ini ditahan semula sebentar tadi.

Memetik aporan Shehab Agency, dua tahanan itu ialah Muhammad al-Ardah dan Zakaria al-Zubaidi.

Mereka berdua ditahan pasukan keselamatan rejim Zionis berhampiran Jabal al-Tur di utara Palestin yang dijajah.

Terdahulu, lewat malam semalam dua orang tahanan yang berjaya meloloskan diri ditahan semula oleh rejim Israel.

Yaqoub Qadri, 48, dan Mahmoud Abdullah Ardah, 45, ditahan polis dari bahagian utara, bandar Nazareth.

Israel sebelum ini memburu enam tahanan rakyat Palestin yang meloloskan diri dari Penjara Gilboa dengan menggali terowong di bawah singki, Isnin lalu.

Dengan penangkapan semula itu menjadikan dua orang lagi tahanan yang digelar Prison.Break masih belum berjaya ditemui oleh polis rejim.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here