Polis siasat penyebaran mesej, video lucah mirip pendakwah terkenal

0
698
Polis

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan bagi mengesan penularan klip video dan mesej lucah yang didakwa membabitkan seorang penceramah yang terkenal dengan kerja-kerja kebajikan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan (KK) kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.

Beliau berkata, siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.

“Polis menasihatkan orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berkhemah dan tidak menyalahgunakan platform itu bagi mendatangkan kegentaran awam.

“Tindakan tegas juga akan diambil kepada individu yang sengaja menggugat ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta menghubungi Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Superintendan Junainah M Kasbolah atau Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Mohd Khabir Mohd Afandi di talian 03-22666071.

Sejak beberapa hari lalu semula tular video lucah yang dikaitkan dengan penceramah berkenaan di media sosial.

Susulan penularan video itu, orang ramai menggesa supaya pihak polis segera mengambil tindakan kepada pihak yang terlibat.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here