Polis tahan doktor rakam pembantu klinik dalam tandas

0
202
Gambar Hiasan

CYBERJAYA – Polis menahan seorang majikan kerana merakam video pekerja wanita ketika berada di dalam tandas dalam kejadian di sebuah klinik swasta di Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Kosmioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa yang berumur 30 tahun itu dirakam oleh suspek ketika berada dalam tandas di klinik berkenaan.

“Siasatan awal mendapati dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa yang merupakan pembantu klinik ternampak sebuah telefon bimbit yang berada pada kedudukan tinggi dalam tandas dan mangsa mendapati kamera telefon tersebut dalam keadaan terbuka.

“Mangsa terus mengambil telefon berkenaan dan mengecam telefon itu milik majikannya, mangsa yang terkejut dan malu dengan kejadian kemudian terus mencapai beg tangannya dan ingin keluar daripada klinik tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun katanya, tindakan mangsa yang secara tergesa-gesa ingin keluar dari klinik tersebut disedari majikannya itu.

“Suspek kemudian menghalang mangsa dan meminta mangsa memulangkannya kembali telefon bimbitnya, suspek turut berjanji untuk menghapuskan rakaman tersebut di hadapan mangsa.

“Mangsa menyerahkan kembali telefon bimbit suspek, mangsa bagaimanapun tidak nampak apa yang dipadam oleh suspek,” katanya.

Menurut Mohamad Fakhrudin, berdasarkan risikan dan maklumat yang dijalankan kemudiannya berjaya memberkas suspek kira-kira jam 7.30 petang.

“Suspek yang berumur 46 tahun itu ditahan di satu kawasan di Petaling Jaya dan telefon bimbit suspek turut dirampas.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 509/377D Kanun Keseksaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here