Presiden Tunisia lantik PM wanita

0
25
Kais Saied (kanan) ketika bertemu Najla di pejabat rasminya, hari ini.

TUNIS – Presiden Tunisia, Kais Saied hari ini menamakan seorang geologis wanita sebagai Perdana Menteri negara itu yang baharu.

Menurut Reuters, pelantikan itu menjadikan Najla Bouden Romdhane sebagai wanita pertama yang menjawat jawatan itu di negara tersebut.

Najla Bouden Romdhane

Kata penganalisis politik, langkah itu merupakan jalan terbaik bagi Saied bagi mengurangkan tekanan terhadapnya setelah dia memecat perdana menteri, menggantung parlimen dan mengambil alih kuasa eksekutif pada bulan Julai lalu.

Bouden, bagaimanapun, dijangka mempunyai kuasa eksekutif yang terhad, berikutan pengumuman presiden pada minggu lalu bahawa “ketika darurat, presiden mempunyai kuasa ke atas kerajaan”.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here