[VIDEO] Rahsia masakan Cina kini di hujung jari

0
37
Kicap Kukus Royale yang memberikan cita rasa masakan Cina yang sebenar.

WALAUPUN baharu beberapa bulan memasuki pasaran, Kicap Kukus Royale yang merupakan ‘line-up’ pertama produk keluaran jenama BangJamil terjual bagaikan pisang panas.

Seperti kicap ajaib, produk keluaran JML Food Industries Sdn Bhd ini menawarkan penyelesaian kepada suri rumah atau mereka yang gemar memasak untuk mencuba jenis-jenis masakan baharu.

Pengasas produk, Datuk Marzuki Ramli berkata, Kicap Kukus Royale yang didatangkan dalam pek sedia dimasak itu dihasilkan untuk mereka yang gemarkan keunikkan rasa kicap Cina.

“Kicap ini umpama ‘kicap master’ untuk mendapatkan cita rasa masakan Cina. Sebab itu kami gunakan slogan ‘Masakan Cina di Hujung Jari’,” katanya kepada Malakat Tribune, semalam.

Marzuki ditemui pada sesi demonstrasi masakan menggunakan Kicap Kukus Royale di lobi utama Malakat Mall, Cyberjaya bersama duta produk, Datuk Jalaluddin Hassan.

Marzuki yang merupakan bekas cef berpengalaman berkata, idea mengeluarkan produk itu timbul selepas memperoleh resipi daripada salah seorang cef yang sangat berpengalaman.

“Resipi yang dikongsi oleh ‘cef grandmaster’ kepada saya adalah sesuatu yang sangat berharga dan saya sangat teruja untuk berkongsi dengan orang ramai.

“Ini kerana semua tahu bahawa masih tidak ada produk seumpamanya yang halal di pasaran kerana kebanyakan kicap Cina dihasilkan daripada minyak tidak halal dan arak beras,” katanya yang memiliki kilang di Semenyih, Selangor.

Jalaluddin Hassan yang dilantik menjadi duta produk keluaran JML Food Industries Sdn. Bhd.
Rahsia masakan cina dihujung jari dengan Kicap Kukus Royale Bang Jamil

Bukan sekadar kicap, produk yang dijual pada harga RM18.90 itu menurut Marzuki boleh digunakan dalam 30 jenis masakan bergantung kepada kreativiti seseorang.

Katanya, antara jenis-jenis masakan yang dipopularkan oleh ‘kelab peminat’ ketika ini adalah seperti masakan stim, ayam kukus cendawan, tauhu Jepun, patcoi dan Oden.

“Menariknya lagi, setiap pek ini boleh digunakan untuk memasak sehingga 5 kali masakan.

“Selain digunakan sebagai perasa utama seperti masakan stim atau kukus, ia juga boleh dijadikan bahan penambah rasa kepada bermacam-macam jenis masakan seperti nasi goreng, mee goreng, dan sebagainya,” katanya.

Ujar beliau, pelanggan juga turut dibekalkan dengan panduan cara menyediakan masakan melalui imbasan kod QR yang dicetak pada peket produk.

Menurut Marzuki, selepas kira-kira sebulan lebih dipasarkan secara online, produk itu kini mempunyai kira-kira 20 stokis dan akan dijual secara runcit di Malakat Grocer tidak lama lagi.

“Kami tahu Malakat Mall cukup popular dengan produk-produk keluaran Bumiputera dan IKS, jadi kami telah berbincang dengan pengurusan Malakat untuk memasarkan produk ini di sini. Insyallah,” katanya.

Menurut beliau, tujuan utama beliau memperkenalkan produk itu adalah untuk membantu golongan suri rumah dan mereka yang kehilangan pekerjaan menambah pendapatan dengan menjadi stokis dan ejen.

Marzuki yang telah lama berkecimpung dalam sektor pembangunan hartanah berkata, penjualan produk itu juga disasarkan untuk manfaat kepada golongan anak yatim dan pelajar tahfiz kerana lebih daripada separuh hasil jualan akan disalurkan kepada mereka.

Sementara itu, Duta Kicap Kukus Royale, Datuk Jalaluddin Hassan berkata, keistimewaan produk itu terletak pada rasa sebenar kicap Cina yang selama ini hanya dinikmati di hotel-hotel bertaraf lima bintang.

“Selepas diberikan sample produk, isteri saya ada masak beberapa jenis masakan dan saya amat terkejut kerana rasanya mengingatkan saya kepada hidangan-hidangan yang biasa saya makan di hotel-hotel terkemuka,” katanya.

Pelakon popular itu berkata, pelantikan sebagai duta produk Kicap Kukus Royale dipersetujui selepas merasakan sendiri keenakan kicap yang berbeza dengan kicap-kicap di pasaran sekarang.

“Saya akui lamaran Datuk Marzuki kepada saya untuk jadi duta berlaku secara spontan sahaja sebab kami tidak pernah membincangkan apa-apa terma mengenai bayaran sehingga hari ini.

“Saya bersetuju selepas ditawarkan peluang ini kerana percaya kepada potensi produk ini dan menyokong produk keluaran Bumiputera,” katanya.

Marzuki (dua dari kiri) bersama Jalaluddin Hassan (tengah) mempromosikan produk Kicap Kukus Royale di lobi Malakat Mall, Cyberjaya semalam.

Maklumat lanjut mengenai produk ini boleh diperolehi dari laman Facebook https://www.facebook.com/kicapkukusroyale dan https://www.facebook.com/JML-FOOD-Industries.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here