Rakyat berhak dakwa PM yang jadi jutawan lepas pegang jawatan- Tun M

0
162
Tun Dr. Mahathir Mohamad

CYBERJAYA- Rakyat berhak mendakwa seseorang Perdana Menteri yang mendapat wang secara haram sekiranya pemimpin nombor satu negara itu menjadi jutawan selepas memegang jawatan tersebut.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mihamad berkata, kebiasaannya Perdana Menteri tidak kaya melainkan beliau mengisytiharkan kekayaan yang dimiliki sewaktu dilantik ke jawatan tersebut.

“Sebenarnya Perdana Menteri tidak boleh ada duit banyak. Penerimaan derma pun salah walaupun dengan ikhlas.

“Jika ada duit diterima, ianya untuk parti. Tetapi jika dimasukkan ke dalam akaun peribadi, itu salah,” katanya dalam catatan di laman blog Chedet hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, bukan sahaja Perdana Menteri, ahli politik negara juga tidak boleh terima hadiah atau derma dari negara asing.

“Perkara itu akan memberi peluang kepada negara asing untuk campur tangan politik dalam negeri. Jika didakwa tokoh negara asing yang menderma untuk apa tujuan pun ia tetap salah,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here