Rayuan Malaysia ditolak, emas Ziyad kekal ditarik balik

0
141
Ziyad Zokefli

CYBERJAYA – Rayuan kontenjen Malaysia ditolak dan keputusan penarikan semula pingat emas Ziyad Zokefli kekal.

Majlis penyampaian medal kepada pemenang acara lontar peluru F20 di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 itu juga telah berlangsung sebentar tadi.

Semalam, kemenangan Ziyad dibatalkan berikutan protes dari kem Ukraine kerana mendakwa atlet negara itu lewat memasuki bilik menunggu.

Ziyad sebelum itu meraih pingat emas dalam acara lontar peluru F20 di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dengan lontaran sejauh 17.94 meter di Stadium Olimpik, Tokyo.

Namun kem Ukraine tampil melakukan protes apabila mendakwa tiga atlet, Ziyad, Todd Hodgetts dari Australia dan Jordi Patricio dari Ecuador lewat memasuki bilik menunggu.

Terdahulu pagi ini, Ziyad di laman sosial miliknya memohon maaf kepada rakyat Malaysia.

“Saya mintak maaf kepada semua rakyat Malaysia.

“Terima kasih memberi sokongan kepada saya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here