RMK-12 : Kerajaan janji bina setengah juta kediaman mampu milik

0
22
Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Kerajaan akan membina 500,000 rumah mampu milik melalui Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) dalam usaha memberi kemudahan dan peluang kepada kumpulan B40 dan M40 memiliki kediaman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu selaras dengan Dasar Perumahan Negara untuk menyediakan kediaman yang mencukupi bagi rakyat, berkualiti dan mampu milik.

Jelas beliau, sepanjang tempoh RMK-11, kerajaan telah membina 282,000 unit rumah mampu milik yang ‘dinikmati’ oleh rakyat dari kumpulan yang sama.

“Di samping itu, kemudahan pembiayaan termasuk Dana untuk Rumah Mampu Milik, Skim Perumahan Belia dan Program Rent-to-Own (RTO), akan ditambah baik bagi memastikan golongan B40 dan M40 tidak terbeban dengan bayaran ansuran,” katanya semasa membentangkan RMKe-12 di Bangunan Parlimen hari ini.

Ismail Sabri berkata, melalui RMK-12, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2.25 bilion bantuan perumahan kepada golongan miskin dan kurang pendapatan.

Peruntukan itu menurutnya adalah untuk membina dan membaik pulih sebanyak 85,500 unit rumah di bawah Program Bantuan Rumah, melibatkan 75 ribu unit rumah di kawasan luar bandar, dan hampir 10,500 unit rumah di kawasan bandar.

“Ini tidak termasuk pembinaan rumah yang dilaksanakan di bawah kerajaan negeri, sektor korporat dan Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here