Rusia: Insiden tembakan di universiti, lima dilaporkan terbunuh

0
92
Tangkap layar video kejadian memaparkan penembak (kiri) sedang berjalan di pekarangan universiti.

MOSCOW – Sekurang-kurangnya lima individu dilaporkan terbunuh, manakala enam lagi tercedera dalam satu insiden tembakan di sebuah universiti di bandar Perm, hari ini.

Menurut Reuters, suspek kejadian di Universiti Kebangsaan Perm itu berjaya ‘dineutralkan’ oleh pihak keselamatan.

Sementara itu, menurut Jawatankuasa Siasatan Rusia yang mengendalikan kes jenayah berat, suspek dikenal pasti sebagai pelajar universiti berkenaan.

“Ketika ini, kami sedang mengenal pasti motif kejadian,” kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.

Terdahulu, agensi TASS melaporkan, seorang individu yang tidak dikenal pasti memasuki kawasan universiti itu dan kemudiannya melepaskan tembakan secara rambang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here