Sah ada usul mahu Azhar kosongkan jawatan Speaker Dewan Rakyat

0
137
Datuk Azhar Azizan Harun

CYBERJAYA- Datuk Azhar Azizan Harun mengesahkan ada menerima usul agar beliau mengosongkan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Azhar berkata, beliau tidak akan membuat sebarang keputusan atau campur tangan berkaitan usul tersebut kerana mempunyai percanggahan kepentingan.

Katanya, apa-apa keputusan mengenai usul berkenaan akan diserahkan kepada Timbalannya, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

“Pejabat saya sememangnya menerima usul untuk saya mengosongkan jawatan saya dan juga supaya individu lain dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat. 

“Sebaik menerima usul itu, saya telah utuskan surat kepada semua pembawa usul bahawa saya tidak akan sama sekali membuat apa-apa keputusan mengenai semua usul itu kerana saya mempunyai percanggahan kepentingan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu bagi menjawab satu artikel bertajuk ’15 Usul Tukar Speaker Ditolak’ yang antara lain melaporkan Azhar menolak semua usul berkenaan. 

Azhar menjelaskan, beliau tidak mengetahui mengenai apa-apa keputusan yang mungkin dibuat Mohd Rashid berhubung usul berkenaan. 

Katanya, laporan yang menyatakan beliau mengetepikan usul berkenaan daripada dibahas jelas mempunyai unsur ‘inuendo’ bahawa usul berkenaan ditolak olehnya adalah tidak benar. 

“Saya anggap laporan itu bersifat pembohongan dan fitnah yang dibuat dengan niat untuk menjatuhkan reputasi saya. 

“Saya akan mendapatkan nasihat undang-undang mengenai perkara ini dalam masa yang terdekat,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here