Saintis Thailand bangunkan alat kesan Covid-19 melalui peluh

0
51
Sampel dikumpul daripada individu dengan meletakkan putik kapas di celah ketiak.

BANGKOK – Sekumpulan pengkaji Thailand dilaporkan sedang membina sebuah alat yang mampu mengesan Covid-19 melalui peluh.

AFP melaporkan, alatan mudah alih itu pada masa ini sedang dalam proses pembangunan, dan sebenarnya diubah suai daripada peralatan yang biasa digunakan untuk mengesan sisa toksik.

Menurut Profesor Chadin Kulsing dari Universiti Chulalongkorn, kajian menunjukkan individu yang disahkan positif Covid-19 didapati merembes beberapa jenis bahan kimia tertentu.

“Jadi, alat yang direka ini adalah bagi mengesan kewujudan dan kadar bahan kimia tersebut,” kata Profesor Chadin.

Ujian dilakukan dengan individu meletakkan putik kapas di bawah ketiak selama 15 minit, sebelum sampel itu disteril dengan lampu ultraviolet.

“Kemudian, sampel itu akan dimasukkan ke dalam pemampat yang akan mengkaji dan menganalisa komponen bahan kimia yang ada di dalam sampel,” kata Profesor Chadin lagi.

Pengumpulan sampel hanya mengambil masa 15 minit, manakala keputusan analisa akan disiapkan dalam masa 15 saat sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here