Sambutan Hari Malaysia berlangsung meriah di Malakat Mall

0
13
Hang Bangkit dan badut menceriakan kanak-kanak semasa sambutan Hari Malaysia di Malakat Mall

CYBERJAYA – Sambutan Hari Malaysia di Malakat Mall, Cyberjaya hari ini berlangsung meriah dengan pelbagai acara menarik dianjurkan untuk menyemarakkan lagi sambutan.

Pengurus Acara Malakat Mall, Siti Azielah Wahi berkata, orang ramai mula datang ke Malakat Mall sejak pukul 9 pagi lagi untuk sama-sama memeriahkan acara yang dianjurkan.

Siti Azielah Wahi

Siti Azielah berkata, lebih menarik, orang ramai yang datang turut memakai baju melambangkan ‘Keluarga Malaysia’ selain turut ada yang membawa Jalur Gemilang.

“Pada hari ini, kita anjurkan pelbagai program seperti persembahan nyayian lagu patriotik, deklamasi sajak, persembahan silat dan kuiz kenegaraan.

“Selain itu, kita juga ada zoo mini untuk kanak-kanak, badut dan juga kemunculan maskot Malakat Mall iaitu Hang Bangkit yang akan beramah mesra dengan para pelanggan.

“Kemuncaknya pada hari ini, kita akan melancarkan Pelan Tindakan Transformasi Keluarga Malaysia yang akan dibentengkan Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim,” katanya.

Pelanggan beratur menunggu giliran untuk membeli daging di Malakat Grocer, Malakat Mall.

Sehubungan itu katanya, orang ramai dijemput untuk memeriahkan lagi sambutan kerana penganjurannya akan berlansung sehingga 19 September ini di lobi Malakat Mall.

Katanya, selain program-program menarik, di bahagian lobi Malakat Mall juga ditempatkan gerai jualan untuk pelbagai produk yang dimiliki oleh usahawan tempatan.

“Ada pelbagai produk dijual oleh usahawan ini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Malakat Mall sempena Sambutan Hari Malaysia ini,” katanya.

Dalam pada itu katanya, lebih menarik, mereka yang datang juga berpeluang untuk membeli baucar berganda yang dijual di Malakat Mall ketika ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here