Selangor, Putrajaya, KL beralih ke Fasa 2 PPN Jumaat ini – PM

0
175
Pemandangan ibu kota Kuala Lumpur

CYBERJAYA – Berkuat kuasa Jumaat ini Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur akan beralih ke Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehubungan itu pergerakan antara Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dibenarkan.

Pada masa sama, katanya, tiada sekatan jalan raya akan dilakasanakan selepas tempoh tersebut.

“Saya pasti ini adalah satu berita yang dinantikan terutamanya seluruh warga Lembah Klang yang telah memberi kerjasama dengan amat baik sekali.

“Dengan ini, kerajaan bersetuju memberi kebenaran kepada kawasan Lembah Klang untuk beralih ke fasa dua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengumumkan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan beralih ke fasa kedua Jumaat ini.

Shahidan berkata, Labuan pula akan dijadikan seperti Pulau Langkawi, Kedah yang dibuka semula di bawah program gelembung pelancongan mulai 16 September ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here