Semua negeri catat kes baharu, 11,332 kes hari ini

0
84
DR. NOOR HISHAM

CYBERJAYA – Angka kes baharu Covid-19 di seluruh negara sedikit naik daripada semalam, apabila sebanyak 11,332 kes dilaporkan di seluruh negara pada hari ini.

Untuk rekod, negara semalam mencatat sebanyak 10,959 kes.

Pertambahan kes pada hari ini mejadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 2,220,526 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak merekodkan kes tertinggi iaitu 2,358 kes, diikuti Johor (1,319 kes), Selangor (1,231 kes) dan Kelantan (1,088 kes).

“Sabah (965 kes), Pulau Pinang (895 kes), Kedah (819 kes), Perak (678 kes), Pahang (677 kes), Terengganu (629 kes), Melaka (303 kes) dan Kuala Lumpur (240 kes).

“Negeri Sembilan (89 kes), Putrajaya dan Perlis (masing-masing 19 kes) dan Labuan (tiga kes),” kata Dr. Noor Hisham dalam satu paparan di Facebook miliknya, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here