Seorang tahanan ‘Prison Break’ diseksa separuh mati, kini dirawat di ICU

0
1195
Zakaria dibawa ke ICU selepas diseksa dengan teruk

BAITULMAQDIS – Salah seorang tahanan Palestin yang berjaya meloloskan diri namun ditangkap semula, Zakaria al-Zubaidi dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Memetik laporan Gaza Now, Zakaria yang ditahan selepas hanpir seminggu berjaya melarikan diri telah diseksa, dipukul dan direnjat di seluruh tubuhnya oleh rejim Israel.

Seksaan melampau itu menyebabkan Zakaria tidak sedarkan diri dan terpaksa dipakaikan alat pernafasan.

Dalam pada itu, seorang lagi tahanan yang berjaya meloloskan diri, Muhammad al-Ardah turut diseksa dan dipukul dengan teruk oleh pihak perisikan Israel.

Menurut peguamnnya, Khaled Mahanja, al-Ardah juga tidak dibenarkan untuk tidur, berwuduk atau solat.

Muhammad al-Ardah

Sabtu lalu, polis rejim Zionis menangkap semula empat daripada enam tahanan yang berjaya melarikan diri dari sebuah penjara di Israel.

Mereka yang ditahan semula selain al-Ardah dan Zakaria ialah Yaqoub Qadri, 48, dan Mahmoud Abdullah Ardah, 45, ditahan polis dari bahagian utara, bandar Nazareth.

Israel sebelum ini memburu enam tahanan rakyat Palestin yang meloloskan diri dari Penjara Gilboa dengan menggali terowong di bawah singki, Isnin lalu.

Dengan penangkapan semula itu menjadikan dua orang lagi tahanan yang digelar Prison Break masih belum berjaya ditemui oleh polis rejim.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here