Sesi sekolah 2021 dilanjutkan sehingga Mac 2022 – Radzi

0
188
Gambar Arkeb -foto/Farid Janudin

CYBERJAYA – Sesi persekolahan untuk tahun ini yang sepatutnya berakhir pada Disember akan dilanjutkan hingga Mac 2022.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dalam sidang akhbar pengoperasian sekolah yang disiarkan secara langsung sebentar tadi.

Beliau berkata, sehubungan itu murid akan kekal pada tahun persekolahan masing-masing pada bulan Januari dan Februari.

Radzi Jidin

“Dalam tempoh dua bulan itu, sekolah akan memberi bantuan, sokongan dan dokongan kepada pelajar yang lemah dan mengukuhkan pencapaian murid yang cemerlang,” katanya.

Dalam pada itu, Radzi turut memaklumkan bahawa, kemasukan murid tahun satu untuk sesi tahun hadapan akan dibuat pada Mac 2022.

Katanya, langkah itu berikutan keputusan kerajaan melanjutkan tempoh persekolahan pada sesi tahun ini.

Sementara itu, Radzi berkata, untuk murid yang akan mula bersekolah pada bulan hadapan, mereka diwajibkan memakai pelitup muka.

Katanya, pemakaian pelitup muka dua lapis pula digalakkan.

“Bagi keluarga dari sosioekonomi rendah, Kementerian Pendidikan akan ikhtiar untuk membekalkan pelitup muka,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here