Slovenia gantung pemberian vaksin J&J

0
50
GAMBAR HIASAN

ZAGREB – Slovenia mengumumkan penggantungan vaksin Covid-19 keluaran Johnson & Johnson (J&J) setelah seorang penerima wanita dilaporkan maut setelah menerima dos suntikan vaksin itu.

Penggantungan vaksin yang dijenamakan sebagai Janssen itu diumumkan oleh Menteri Kesihatan Slovenia, Janez Poklukar, hari ini.

“Pesakit itu didapati mengalami masalah pembekuan darah dan pendarahan di otak pada masa yang sama.

“Cubaan merawat mendiang di unit rawatan rapi langsung tidak mendatangkan hasil,” kata seorang pakar neurologi di Hospital Ljubljana, Igor Ritler kepada agensi STA.

Cubaan untuk mendapatkan maklum balas dari pihak J&J tidak berjaya.

Poklukar ketika mengumumkan keputusan penggantungan vaksin itu daripada program pemberian vaksin negara itu berkata, laporan penuh insiden kematian itu masih belum dikaji sepenuhnya.

“Bagaimanapun, beberapa faktor telah dipenuhi supaya insiden ini dapat disiasat sepenuhnya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here