Solat jemaah ikut kapasiti di semua surau, masjid NS

0
91
GAMBAR HIASAN

SEREMBAN – Semua masjid dan surau di Negeri Sembilan dibenarkan mengadakan solat fardu, solat Jumaat dan solat jenazah bagi jemaah yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19 mengikut kapasiti ruang masing-masing, mulai Jumaat ini.

Menurut portal Kosmo Online, kebenaran itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, hari ini.

Aminuddin berkata, kebenaran dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) itu diputuskan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

“Namun, perlu ada penjarakan sosial 1.5 meter untuk menjalankan aktiviti di surau dan masjid.

“Semua ahli jawatankuasa dan petugas keselamatan masjid serta surau perlu mempunyai dua dos lengkap vaksinasi termasuk kepada penduduk tetap,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, hari ini

Tambah Aminuddin, kelas takmir turut dibenarkan dilaksanakan bermula Jumaat ini, namun terhad selama satu jam sahaja.

Sementara itu, beliau menambah, bagi tujuan pengurusan jenazah pula, hanya enam orang sahaja wakil dibenarkan dan seeloknya ia diadakan di masjid atau surau sahaja.

Aminuddin menjelaskan, masih belum ada lagi sebarang SOP untuk rumah ibadat bukan Islam dikeluarkan dan ia masih menunggu keputusan daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here