SOP terbaharu pembukaan sekolah bakal diumumkan

0
38
Khary bersama Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin dalam satu mesyuarat hari ini

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan akan membentangkan prosedur operasi standard (SOP) terbaharu mengenai pembukaan semula sekolah secara bersemuka tidak lama lagi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin berkata, dalam waktu pandemik sebegini amat penting untuk peranan kementerian berkaitan dan masyarakat digembleng bagi menghasilkan ketetapan SOP yang selamat buat semua.

“Bagi persiapan pembukaan sekolah secara bersemuka di seluruh negara awal bulan depan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan (KKM) telah bermesyuarat bagi memperhalusi perkara-perkara penting khususnya berkaitan SOP.

“Dalam mesyuarat yang dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin dan saya pagi tadi, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah serta pengurusan tertinggi KKM turut memberikan input-input berdasarkan kepakaran mereka.

“Kerjasama di antara kementerian-kementerian dan usahasama dengan masyarakat dalam waktu pandemik sebegini amat penting untuk digembleng bagi menghasilkan ketetapan SOP yang selamat buat semua khasnya buat anak-anak kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini Kementerian Pendidikan mengumumkan sesi persekolahan akan tetap bermula pada bulan hadapan.

Bagaimanapun pembukaan semula sekolah itu akan dibuat secara berperingkat.

Pembukaan sesi sekolah baharu itu mendapat pelbagai maklum balas daripada pelbagai pihak berikutan wujud kebimbangan dalam kalangan ibu bapa berikutan kes Covid-19 yang makin tinggi di seluruh negara.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here