SPRM dedah pernah tawar kompaun kepada Ahmad Maslan, tapi pilih minta dibicarakan

0
141
SPRM

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, Datuk Seri Ahmad Maslan sebelum ini pernah ditawarkan kompaun dalam jumlah yang sama pada Oktober 2019 namun memilih untuk dibicarakan di mahkamah pada ketika itu.

Menurut SPRM dalam satu kenyataan, sehubungan itu, beliau dituduh dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 4(1) dan Seksyen 32(8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001) pada 20 Januari tahun lalu.

“Semasa tempoh perbicaraan berjalan, beliau telah mengemukakan representasi dan bersetuju kembali untuk membayar kompaun tersebut.

“SPRM ingin menjelaskan bahawa tindakan kompaun yang dikenakan ini merupakan satu tindakan punitif (mengenakan hukuman) terhadap mana-mana individu yang terlibat dan merupakan satu bentuk pemulangan aset (asset recovery) di bawah AMLATFPUAA 2001,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah membenarkan Ahli Parlimen Pontian itu Maslan dilepas dan dibebaskan daripada dua pertuduhan terhadapnya.

Ia setelah beliau membayar kompaun berjumlah RM1.1 juta mengikut Seksyen 92(1) AMLATFPUAA 2001.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here