SPRM sahkan penahanan 3 pegawainya bagi membantu siasatan

0
155

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan penahanan tiga orang pegawainya bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes terhadap seorang bekas ketua jabatan.

SPRM dalam satu kenyataan menegaskan, pihak suruhanjaya tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawainya yang terlibat dalam sebarang perbuatan jenayah serta akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya perbuatan itu benar berlaku.

Kenyataan itu turut menyebut, ketiga-tiga pegawai itu telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya dan ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama enam hari bermula 14 hingga 19 September 2021.

Siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan SPRM berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini kerana ia akan menjejaskan siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here