Sudan berjaya gagalkan cubaan merampas kuasa

0
26
ABDALLA HAMDOK

KHARTOUM – Pihak berkuasa Sudan dilaporkan berjaya menggagalkan satu cubaan rampasan kuasa hari ini.

Perdana Menteri, Abdalla Hamdok dalam satu kenyataan berkata, cubaan itu didalangi oleh penyokong bekas presiden, Omar al-Bashir.

“Apa yang berlaku merupakan cubaan untuk merampas kuasa daripada kerajaan oleh beberapa pihak dari dalam dan luar angkatan tentera.

“Mereka ini merupakan saki-baki penyokong rejim terdahulu yang mahu menggagalkan usaha membentuk kerajaan yang demokratik,” kata Abdalla yang muncul di kaca televisyen tempatan.

Beliau menambah, cubaan rampasan kuasa itu didahului dengan menimbulkan suasana kacau-bilau di bahagian timur negara itu, termasuk menutup laluan utama dan pelabuhan, dan mengganggu operasi pengeluaran minyak.

Abdalla kemudiannya menambah, beberapa individu berjaya ditahan kerana disyaki terlibat dalam cubaan tersebut, dan berjanji mereka yang terlibat akan dihukum.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here