Suntikan vaksin untuk remaja di Labuan, Lembah Klang selepas Sarawak

0
18
Gambar fail. Foto / FaridJanudin

CYBERJAYA – Selepas selesai pemberian vaksinasi kepada golongan remaja di Sarawak, program sama akan dilaksanakan kepada kumpulan sasar yang sama di Labuan dan Lembah Klang.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) telah memberi kebenaran pelaksanaan vaksinasi Covid-19 terhadap remaja.

“Vaksinasi remaja di Sarawak akan bermula hari ini, bermula dengan remaja berumur 16 dan 17 tahun dan berumur 12 hingga 15 tahun yang berisiko tinggi atau mempunyai penyakit kronik.

“Ia akan diikuti oleh Labuan dan Lembah Klang tidak lama lagi. Kita akan memberikan vaksin jenis Pfizer,” katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Kumpulan pertama daripada 76,400 remaja di Sarawak akan menerima suntikan vaksin mereka, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here