Taliban dakwa berjaya tawan Panjshir

0
86
Ketua NRF, Ahmad Massoud.

KABUL – Kerajaan Taliban mendakwa mereka berjaya menawan wilayah Panjshir sepenuhnya, hari ini.

Wilayah itu merupakan kubu kuat puak penentang Taliban, Barisan Penentang Nasional (NFR), kata BBC.

Anggota NRF yang menentang Taliban

“Kemenangan ini bermaksud Afghanistan sudah bebas dari peperangan,’ kata jurucakap kerajaan Taliban, Zabihullah Mujahid, hari ini.

Walau bagaimanapun, kejayaan itu dinafikan oleh pihak NRF menerusi satu kenyataan balas kepada BBC.

“Ia tidak benar. Kawasan itu belum ditawan Taliban dan saya menolak dakwaan mereka,” kata jurucakap NRF, Ali Maisam.

NRF diketuai oleh Ahmad Massoud, anak kepada bekas presiden Afghanistan dan bekas penentang kuat Taliban, Ahmad Shah Massoud yang dibunuh beberapa hari hari sebelum kejadian seranghan 9/11 di Amerika Syarikat (AS).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here