Tan Sri Zaman Khan meninggal dunia di IJN

0
627
Allahyarham Tan Sri Zaman Khan

CYBERJAYA – Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan meninggal dunia pada pukul 10.15 pagi di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Allahyarham yang berusia 80 tahun meninggal dunia selepas beberapa hari dimasukkan ke High Dependency Unit (HDU) IJN.

Difahamkan jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Bukit Aman di ibu negara untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Asar.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Selangor dari 1975 hingga 1978 dan menamatkan perkhidmatan dalam pasukan beruniform sebagai Ketua Pengarah Penjara pada 1997.

Beliau adalah Pengarah JSJ Bukit Aman pada 1993 yang terbabit dalam kes berprofil tinggi termasuk kes Botak Chin (Wong Swee Chin) dan P. Kalimuthu yang dikenali sebagai Bentong Kali.

Beliau juga antara pegawai kanan polis yang terawal di lokasi kejadian tragedi Kondominium Highland Towers pada 1993. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here