Tawaran pembelian baucar berganda di Malakat Mall, beli RM1,000 dapat baucar RM2,000

0
70
Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim

CYBERJAYA -Pembelian baucar berganda antara tawaran menarik bersempena kempen pembukaan semula Malakat Mall bersempena Hari Malaysia esok.

Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim berkata, baucar berganda itu bermaksud setiap pembelian baucar, para pelanggan akan mendapat nilai berganda.

“Sebagai contoh, jika membeli baucar RM1,000 maka, pelanggan akan mendapat nilai baucar sebanyak RM2,000. Sudah tentu ini merupakan tawaran yang sangat menarik.

“Kita tidak letak nilai minimum untuk pembelian baucar ini, jika mahu beli RM100 atau RM200 pun boleh. Yang penting, pelanggan akan mendapat nilai berganda.

Pelanggan beratur menunggu giliran untuk membeli daging di Malakat Grocer, Malakat Mall.

“Jika beli baucar RM1,000. Nilai RM1,000 boleh digunakan secara terus pad ahari pembeian, manakala baginya boleh digunakan untuk pembelian secara bulanan.

“Jika ada yang ingin bersedekah, baucar berganda itu juga boleh disedekahkan kepada sesiapa sahaja,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune di Malakat Mall hari ini.

Bersempena pembukaan semula Malakat Mall esok, pelbagai program menarik dianjurkan bersempena juga dengan sambutan Hari Malaysia.

Mengulas lanjut, Mohd Fadzil berkata, beliau bersyukur kerana walaupun diuji seawal pembukaannya pada Mac tahun lalu, Malakat Mall terus berjaya hingga ke hari ini.

“Alhamdulillah…lita berjaya mengembangkan Malakat Mall. Pada 13 Mac tahun lalu, kita hanya ada sembilan kedai dan sekarang makin berkembang ada lebih 40 kedai.

“Boleh dikatakan segalanya ada di sini, kita ada bahagian F&B, Lifestyle dan juga Malakat Grocer yang menaarkan pelbagai barangan milik usahawan kita,” katanya.

Pelanggan beratur menunggu giliran untuk membeli daging dan barangan di Malakat Grocer, Malakat Mall.

Sementara itu katanya, Kumpulan Malakat Eco juga akan melancarkan Pelan Tindakan Transformasi Keluarga Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia esok.

Beliau berkata, program itu diadakan bagi menyatukan kekuatan kuasa beli rakyat negara ini dalam usaha mengambil alih kuasa ekonomi dalam pasaran tempatan.

Sehubungan itu katanya, orang ramai dijemut untuk memeriahkan hari pembukaan semula Malakat Mall esok kerana pelbagai program menarik akan dianjurkan.

“Datang beramai-ramai, pakailah pakaian yang melambangkan kita ini ‘Keluarga Malaysia’ ,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here