Tempahan cap ekspres kini di Malakat Mall

0
19
Noor Affandi turut menyediakan tempahan cap ekspres yang boleh disiapkan dalam masa satu jam sahaja.

CYBERJAYA – Pelanggan di sekitar Cyberjaya dan Putrajaya yang ingin mendapatkan perkhidmatan tempahan cap kini tidak perlu lagi tercari-cari lagi kerana sudah ada perkhidmatan sedemikian di Malakat Mall.

Buat masa ini, perkhidmatan diusahakan oleh Noor Affandi Sidek itu beroperasi di bazar bahagian tingkat bawah berhadapan berhampiran pintu masuk restoren Bunch-Oh.

Noor Affandi, 49, bukan sahaja menyediakan perkhidmatan tempahan cap, tetapi turut mengambil tempahan tag nama, kad nama, gegantung, dan juga pembuatan papan tanda.

Selain cap, Noor Affandi turut membuka tempahan bagi pembuatan tag nama, kad nama dan pelbagai barangan lain berasaskan cetakan.

“Saya sebolehnya memang berminat mendapatkan ruang jualan tetap di Malakat Mall, supaya saya boleh bawa masuk perkhidmatan lain seperti barangan cenderahati dan mencetak t-shirt juga.

“Namun, saya dimaklumkan oleh kerana ruang amat terhad, jadi saya mengambil keputusan untuk menggunakan ruang bazar ini lebih dahulu,” kata Noor Affandi ketika ditemui hari ini.

Menurut Noor Affandi, beliau berminat untuk mengembangkan perniagaannya di kawasan Cyberjaya dan Putrajaya, kerana adanya permintaan pelanggan.

Beliau yang sebelum ini beroperasi di Putra Perdana, menyedari kurangnya pembuat cap di dua kawsan berkenaan.

“Oleh sebab itu saya mahu ambil peluang ini bagi mengembangkan perniagaan saya.

“Kini, para pelanggan tidak perlu pergi jauh untuk membuat tempahan cap, hanya perlu datang ke Malakat Mall dan singgah di lot saya,” kata Noor Affandi yang menambah, beliau turut menyediakan perkhidmatan pembuatan cap ekspres yang hanya mengambil masa satu jam untuk disiapkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here