Tempoh pembaharuan LKM, LMM dilanjutkan hingga 31 Disember

0
64
Gambar fail MT

PUTRAJAYA – Tempoh bagi pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang tamat tempoh sah dilanjutkan sehingga 31 Disember ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata mana-mana pemilik LKM dan LMM yang sudah tamat tempoh sah tidak akan dikenakan tindakan penguatkuasaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagaimanapun, beliau berkata, pemilik LKM yang tamat tempoh sah masih perlu memastikan kenderaan terbabit dilindungi insurans yang sah dan memapar serta menunjukkan Sijil Perlindungan Insurans yang sah bagi pemeriksaan.

“Kementerian Pengangkutan amat peka dengan maklum balas dan kesukaran orang ramai dalam menggunakan perkhidmatan agensi di bawahnya seperti JPJ, ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

“Sehubungan itu, Kementerian Pengangkutan memutuskan untuk memberi pelanjutan tempoh pembaharuan LKM dan LMM hingga 31 Disember 2021,” katanya pada sidang media, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here